Pokok ni dah hampir dibuang oleh Chik Zah..jiran kami. Dia merajuk sbb pokok2 bonsai kesayangannya yang dah dibela berbelas2 tahun dicuri org. Bukan sekali tapi 2 kali..sampai berbelas2 pasu. Alih2 dia cabut semua pokok bonsai dia yang dalam pasu dan dibiarkan kekeringan.
Ma la yang jadi penyelamat..mula2 tengok memang mcm tak de harapan dah. Tapi Ma dengan penuh bijaksana, gi rendam pokok2 tu dalam akuarium ikan..tengok2 lepas 2-3 hari, nampak daunnya dah mula segar. Ni dah dekat sebulan, dah mula berbunga kembali. Ada lagi dua pasu kat rumah di Pasir Mas, belum berkesempatan nak bawak ke rumah baru di Tendong. Ingat nanti nak pindah semua pokok bunga ke rumah baru, kawasan rumah di Pasir Mas yang sekangkang kera tu nanti nak tanam sayur je.
At least ma ada aktiviti nak buat pagi2...boleh belek2 pokok sayur pula.
No comments:
Post a Comment