Friday 17 May 2013

Bendi






Pokok bendi belakang rumah..asalnya yang disemai banyak juga..tapi yang berjaya hidup sampai lah berbuah ni ada 4 pokok je. Beberapa pokok terpaksa dimusnahkan lebih awal walaupun cuma menunggu nak berbuah je sebab kena serangan bena. Yang hidup ni pun sebab terselamat selepas disembur air cili.

Tuaiannya dah sempat dirasa beberapa kali..biasa buat ulam ataut singgang je sbb sekali tuai ada la 3-4 biji. Sekarang dah ada beberapa buah yang dibiarkan kering di pokok untuk buat benih. Plannya biar ada sampai 10 pokok..baru berbaloi sikit nak masak special skit. Nak tanam lagi banyak tak de space pulak.

Pokok bendi merah dah panjang sejengkal..ada dalam 12 pokok. harap2 boleh survive semuanya nanti.

No comments:

Post a Comment