Monday, 20 May 2013

Parkroyal on Pickering, S'pore


Post yg out of topic..gambar bilik superior king @ Parkroyal on Pickering. Bilik best giler, food also superb (esp. chocolate muffin dia yg full of choc. inside out, choc. chip and chunk + melted choc. filling)...but limited to dessert je la, yg lain x sentuh sbb diragui statusnya. Shopping pun tak best sangat sbb area Chinatown. Cuma g shopping kat Daiso je.





Ni yang paling best...view dari bilik hotel.

Pokok anggur

Ni pokok anggur yang first sekali beli. RM 25..rasanya anggur hitam tanpa biji. Dah ditanam tapi berkongsi pergola ngan pokok petola n kacang. My sis kata salah teknik tu..patut biar je pokok anggur je kat situ.
Pokok yang kedua..x ditanam lagi..masih dalam polibag..busy sgt. tapi nampaknya weekend ni dah kena tanam atas tanah sbb pucuknya dah mula kekeringan..mungkin tak cukup nutrient.

Pokok maman

Pokok maman ni tak ditanam..tapi tumbuh meliar..banyak sangat kat tepi n belakang rumah. Tak tahu la pulak species ni boleh makan ke tidak. Kalu yang dah jeruk tu sedap juga makan ngan ikan goreng + budu, stail kampung gitu.

Amek gambar ni sbb tertarik tgk bunga dia..cantik kan. Sebelum ni x perasan pulak bunganya mcm ni.


My orkids

Pokok orkid..cantik kalu semuanya berbunga macam ni.



Pokok udara..RM 6 satu kat Nurseri Pok Mid.


Pokok sawi dan bayam. Kurus2 keding semuanya sbb tuannya malas nak asing dan jarakkan pokok. Main tabur benih dan tinggal. Mana yang nampak besar sikit, cabut n masuk periuk..kurangkan persaingan n bg chance pokok lain membesar.





Petola segi

Pokok petola ni memang sekong ditanam...hidup subur dan berbuah tak putus2. Dah la bunganya banyak..kalu jalan kat tepi pergola tu...semerbak baunya.




Pokok angkat

Pokok ni dah hampir dibuang oleh Chik Zah..jiran kami. Dia merajuk sbb pokok2 bonsai kesayangannya yang dah dibela berbelas2 tahun dicuri org. Bukan sekali tapi 2 kali..sampai berbelas2 pasu. Alih2 dia cabut semua pokok bonsai dia yang dalam pasu dan dibiarkan kekeringan.

Ma la yang jadi penyelamat..mula2 tengok memang mcm tak de harapan dah. Tapi Ma dengan penuh bijaksana, gi rendam pokok2 tu dalam akuarium ikan..tengok2 lepas 2-3 hari, nampak daunnya dah mula segar. Ni dah dekat sebulan, dah mula berbunga kembali. Ada lagi dua pasu kat rumah di Pasir Mas, belum berkesempatan nak bawak ke rumah baru di Tendong. Ingat nanti nak pindah semua pokok bunga ke rumah baru, kawasan rumah di Pasir Mas yang sekangkang kera tu nanti nak tanam sayur je.
At least ma ada aktiviti nak buat pagi2...boleh belek2 pokok sayur pula.




Wild mushroom



Pumpkin

Aka labu punggi abah kata...2-3 kali aku dok tanya..labu apa? labu pungi? labu mungi?
Org kelatan biasa suka mengelantankan segala sebutan dalam bahasa inggeris. Mungkin pumpkin jadinya punggi. Ingat hari tuh abah dok sebut sillar, sillar..bila nak beli sillar? Ingatkan apa la, rupanya 'sealer' nak cat rumah...hehe.






Biasa x sempat nak snap pun gambar2 hasil tuaian di kebun belakang rumah. Ni first post rasanya.
Timun batang..n sawi cekeding. Telur ayam tuh dari Supermarket..Pantai Timur ye.

Ni baru telur itik fresh dari kebun belakang rumah. Tanaman petola ngan timun memang menjadi..x abis makan sampai boleh sedekah kat jiran2. Tapi pokok kacang, tak menjadi sgt..buahnya x banyak dan pokok pun dah kena serangan parasit..ntah apa namanya...kecik2 n hitam2, bena hitam ada ke? Tapi buah kacangnya mmg panjang2..benih ada lagi. Boleh buat semaian baru n tanam tempat baru. Pokok petola nampaknya resistant ngan serangan parasit tuh walaupun berkongsi trellis yang sama.

Friday, 17 May 2013

Bendi






Pokok bendi belakang rumah..asalnya yang disemai banyak juga..tapi yang berjaya hidup sampai lah berbuah ni ada 4 pokok je. Beberapa pokok terpaksa dimusnahkan lebih awal walaupun cuma menunggu nak berbuah je sebab kena serangan bena. Yang hidup ni pun sebab terselamat selepas disembur air cili.

Tuaiannya dah sempat dirasa beberapa kali..biasa buat ulam ataut singgang je sbb sekali tuai ada la 3-4 biji. Sekarang dah ada beberapa buah yang dibiarkan kering di pokok untuk buat benih. Plannya biar ada sampai 10 pokok..baru berbaloi sikit nak masak special skit. Nak tanam lagi banyak tak de space pulak.

Pokok bendi merah dah panjang sejengkal..ada dalam 12 pokok. harap2 boleh survive semuanya nanti.

Anak ayam

Add caption


Anak2 ayam mommy..ayam israel n ayam kampung... yang kaler coklat tuh ayam kampung. Dulu sama2 kecik ngan 1st batch ayam israel..ni dah jauh ketinggalan sampai kena join junior group ayam israel yang 2nd batch. 1st batch tu dah boleh sembelih buat lauk dah..rasanya ada la dlm 4-5 kg seekor. Plannya nak sembelih b4 puasa ni n masuk freezer.

3rd batch ayam israel.

Ayam kampung 2nd batch. Saiz memang la jauh ketinggalan banding ngan ayam israel 2nd batch walaupun sebaya..ehehe. Ibu ayamnya dah lama diasingkan..hari tuh abah bg ibu ayam tu mengeram telur itik Maskobi..dah menetas 5 ekor dah setakat ni.

Bunga macam2

Bunga2 di laman...............putih n purple