diari diri sendiri utk monitor progress projek belakang rumah..ala2 farmville gitu. dah boring asik2 main farmville n smurf village...fantasi dah jadi realiti sekarang ni..yehaa
Friday, 17 May 2013
Bendi
Pokok bendi belakang rumah..asalnya yang disemai banyak juga..tapi yang berjaya hidup sampai lah berbuah ni ada 4 pokok je. Beberapa pokok terpaksa dimusnahkan lebih awal walaupun cuma menunggu nak berbuah je sebab kena serangan bena. Yang hidup ni pun sebab terselamat selepas disembur air cili.
Tuaiannya dah sempat dirasa beberapa kali..biasa buat ulam ataut singgang je sbb sekali tuai ada la 3-4 biji. Sekarang dah ada beberapa buah yang dibiarkan kering di pokok untuk buat benih. Plannya biar ada sampai 10 pokok..baru berbaloi sikit nak masak special skit. Nak tanam lagi banyak tak de space pulak.
Pokok bendi merah dah panjang sejengkal..ada dalam 12 pokok. harap2 boleh survive semuanya nanti.
Anak ayam
![]() |
| Add caption |
Anak2 ayam mommy..ayam israel n ayam kampung... yang kaler coklat tuh ayam kampung. Dulu sama2 kecik ngan 1st batch ayam israel..ni dah jauh ketinggalan sampai kena join junior group ayam israel yang 2nd batch. 1st batch tu dah boleh sembelih buat lauk dah..rasanya ada la dlm 4-5 kg seekor. Plannya nak sembelih b4 puasa ni n masuk freezer.
3rd batch ayam israel.
Ayam kampung 2nd batch. Saiz memang la jauh ketinggalan banding ngan ayam israel 2nd batch walaupun sebaya..ehehe. Ibu ayamnya dah lama diasingkan..hari tuh abah bg ibu ayam tu mengeram telur itik Maskobi..dah menetas 5 ekor dah setakat ni.
Ros lagi
Anak kambing
Ibu kambing (body n kaler mcm pelanduk) beranak 3 pada 11 April 2013. Ada dystocia..end up yang sekor ni mati. Penyelia ladang no. 1 aka abah lambat repot yang ada difficulty in kidding pada penyelia no. 2 aka 'me'. Nak rushing balik dari tempat keja susah juga..so tawakkal je la. Bila balik, 2 dah keluar. 1 hidup 1 mati. Seekor lagi terlekat kepala..sempat diselamatkan oleh mak bidan aka penyelia no 2. Seb baik..panjang umur.
Yang sedihnya pulak, si ibunya mati mengejut pada 14/4/13. Tinggallah 2 seekor anaknya menjadi 'yatim' dan 'yatimah'..sesuai juga sebab sekor jantan sekor betina. Nasib baik sebab byk ibu kambing yang boleh supply susu...progressnya hidup sihat sampai sekarang. Now dah kena supplement ngan calf milk sbb umur dah sebulan lebih. Gambar mereka yg terbaru dah ada tapi x dan nak upload lg.
Yang sedihnya pulak, si ibunya mati mengejut pada 14/4/13. Tinggallah 2 seekor anaknya menjadi 'yatim' dan 'yatimah'..sesuai juga sebab sekor jantan sekor betina. Nasib baik sebab byk ibu kambing yang boleh supply susu...progressnya hidup sihat sampai sekarang. Now dah kena supplement ngan calf milk sbb umur dah sebulan lebih. Gambar mereka yg terbaru dah ada tapi x dan nak upload lg.
Benih beli
First time beli benih online from Miruku's Garden...cantik packagingnya. So far, dah tanam all 3 species of morning glory..progress only 2 species thriving..dah start melilit2. satu lagi species tak tumbuh2..maybe kena makan dek semut. Hari tu pun x semai semua..ada yang masih disimpan dalam fridge sbb masih bereksperimen. At least kalu kali ni tak tumbuh, boleh try lg next time.
orkid lagi
Nampak sama tapi tak serupa. Orkid terbaru beli di Mundok (org Thai sebut..Munok). Orkid termahal dalam koleksi setakat ni..RM25 satu. Akak yg jual tu kata dah harga special ni utk regular customer dia. kalu buat hiasan dalam rumah pun cantik ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























