Tuesday, 12 March 2013

bunga2 part 2

Bunga yg rongak..


Snap aje sbb bunganya cantik, tanam dalam polibag..belum beli pasu gantung.

Bunga raya hibrid kaler gold...baru beli RM 12. Byk kudupnya...ni bunga yg kedua kembang.



Bunga ros..i yg tanam masa kecik2 dulu guna keratan batang yg
ambil dari rumah Mok Su. Now pokok dah besar tinggi jadi pagar.
 
 
 

Pokok yg ni  dan yg kat atas tu, bunganya putih.
Hampir sama tapi tak serupa.







 
Bukannya ditanam proper...tumbuh melata kat laman je bunga2 ni...
...mungkin pernah ditanam satu masa dulu.

Monday, 11 March 2013

Macam2...


Semaian jagung manis..plannya nak transfer out cm..tanam kat tanah

Anak jagung n labu...tak pasti labu air or labu yg boleh sira

Anak timun..sebahagian dah transfer ke polibag


Ubi kayu..utk pucuk

Fauna

Tuyuk...atau pepatung/dragonfly..dulu masa kecik2 suka tangkap tuyuk ni. Tapi sekarang rasa geli pulak nak pegang.

Ladybird
 


Ulat atas daun terung..yang abah dah buang pun banyak.




Serati dan angsa...banyak yg dah sembelih
atau mati masa banjir bulan 12 ari tu.


Anak ayam israel..beli di Mundok, 20 rial 6 ekor. Yg kenit seekor tu anak ayam kampung..dah jauh ketinggalan dari segi saiz. Ayam israel ni jenis makan banyak..makan apa sahaja. Aim boleh sembelih utk bulan posa nanti.


Ingatkan ayam kampung hitam ni dah mati..tiba2 muncul bawak 11 ekor anak.






Sunday, 10 March 2013

Sayur2an

 
 

Cambahkan biji benih mcm ni dulu..saje je sbb nak berekperimen



Bendi



Kacang pnjg

Pokok kacang panjang baru belajar naik junjung

Kacang buncis
 

Pokok kacang buncis kat trellis..nampak
batangnya kaler purple, mcm kacangnya


Petola



 


Petola yg dah memanjat..nampak tak batang lilitnya tu






Kangkung..tanam dalam bekas makanan kambing yg dah x guna
Kangkung dalam raga sayur buruk..recycle


 

 Timun tikus..tanam guna keratan batang...pokok ni dah berzaman2 dah rasanya...sampai batang pokok induk dah jadik macam pokok kayu..macam pokok anggur la pulak
 



Tanaman baru

Pokok ketereh..utk buat ulam. Samaada berbuah ke tidak..kita tungguuuuu..manalah tahu kot2 boleh buat roasted cashew nut sendiri pas ni
Pokok jenereh..pokok ulam jugak, sedap cicah budu
 Pokok belimbing madu
 Pokok limau kasturi
Huhu..ni pokok yg paling menyedihkan..togel!! Tingggal batangnya je, kita tengok je la samaada pnjg umur ke dok pokok ni. Keadaan kritikal - puncanya sebahagian akar tunjangnya dah putus sbb akarnya dah terkeluar dari polibeg...ni tuan nurseri punya pasal. Erm, abah kata dia boleh hidup lg..nanti tumbuh tunas baru..hopefully.
Pokok kedondong...boleh buat jus nanti. Pucuk boleh buat ulam juga tapi x penah try
Pokok binjai..buah buat sambal..yum2..pokok ambil rumah ma

Pokok ubi kayu..juga cilok dari rumah ma

Pandan, dari rumah ma, haha..satu2nya pokok pandan dia ada dah dirembat olehku. Dulu banyak sgt sampai semak samun jadinya di rumah Pasir Mas, langsung ditebas n tinggal ni je dalam pasu

Limau nipis

Lemon tree..nampak tak buah lemon nan sebijik tu. Nampak dah banyak tunas baru lepas bubuh baja organik - tahi kambing
Pokok putat utk buat ulam..semua pokok putat di rumah ma dah bawak ke rumah baru - ada 4 pokok semuanya. Dulu letak dalam polibag, now dah transfer dalam guni