Pokok kedondong dan petola ni dok berjiran...tapi petola ni jenis jiran yang x bertimbang rasa. Cuba tgk, bukan setakat territory dia..ngan pokok kedondong sekali nak dibelitnya. Petola ni membesar dengan jayanya, sbb tanah tu kaya ngan baja taik ayam agaknya. Walaupun satu pokok je..tapi rimbunan daun dan buahnya..macam tanam berpokok-pokok. Sekarang dah tak habis nak makan, sedekah je kat sape2 yg datang. Kadang2 abah tuai dan letak kat kedai depan rumah..jual murah2 je pun.
diari diri sendiri utk monitor progress projek belakang rumah..ala2 farmville gitu. dah boring asik2 main farmville n smurf village...fantasi dah jadi realiti sekarang ni..yehaa
Monday, 17 June 2013
Dulu dan sekarang
Dulu
Sekarang
Hehe..dah macam pergola kat pameran MAHA. Masa nak suruh tukang buat pun..tunjuk gambar pergola di MAHA, sambil lalu kat bawah..sambil kutip buah. Tapi sekarang dah terlalu redup kat bawah tu..kena buat rumah orkid baru nampaknya.
Buluh madu
Ni gambar lama masa baru beli. Dah beranak pinak dah sekarang, merimbun sampailah baru2 ni, di trim oleh abah..huwaa. Sebenarnya saja je tak potong sbb suka tgk daunnya yg menghijau..nampak natural. Tapi nak buat mcm mana, redha je lah.
Keladi
Keladi ni tumbuh je atas tanah..tak dialihkan lagi.
Daun baru..punyalah lambat nak keluar daun baru.
Tangga yg pakcik tukang rumah buat untuk pokok2 bunga. Tapi banyak pokok dah dialihkan kat balkoni tingkat atas...sbb daun mudah kotor kalu letak kat tepi kandang kambing ni..banyak debu.
Kacang buncis
Percubaan menanam kacang buncis kali pertama. Hasilnya x memberangsangkan. Benih kacang ni dibeli di Mundok. Mungkin kena beli benih local kot ngan makcik cina kat pasar..dah la murah, benihnya pun jenis baka yang elok dan tahan penyakit. Beli 50 sen pun boleh tanam berkali2.
Kacang panjang
Deretan pokok tomato dan kacang.
Hasilnya: buah kacang memang elok..tapi pokoknya jenis tak tahan serangan penyakit. Sempat 2-3 kali tuai je. Dulu ingat masa tok ayah tanam..lagi subur, satu pokok tu boleh dapat satu cekak. Sekarangni..kebanyakan pokok hidup segan mati x mau. Tapi pokok petola yang seangkatan dengannya masih galak berbunga dan berbuah.
Tomato pulak..failed teruk kali ni. Kebanyakan pokok kena serangan bena putih. Yang berbuah pun x besar. Mungkin sebab benih kurang elok. Benih main campak2 je dari buah tomato yang dibeli di pasar. Pengalaman tanam tomato sebelum ni sangatlah menjadi sampai boleh jual.
Baru order benih baru dari Olive...harap2 menjadi kali ni.
Friday, 14 June 2013
Buah kedondong
Bukan buah pun lagi..baru putik bunga. Hehe..tuannya yang excited terlebih...dah berangan nak buat jus kedondong ngan asam boi yang selalu minum di Ichiban.
Anak ayam & itik
Ni anak ayam kampung dan itik maskobi batch baru...tetas secara semulajadi. Telur itik tu bagi pada mak ayam untuk dieramkan. Telur ayam kg tu mak dia sendiri yang eram.
Sebelum ni bagi pada sorang pakcik ni eram guna inkubator..tapi baru2 ni inkubator dia dah meletop..so kena la guna inkubator semulajadi. Outcome quite good..banyak yang tetas.
Bird nest fern
Ni satu je sempat snap..tapi ada berbelas2 pasu semuanya. Masih kecik2 lagi. Semuanya ambil dari dinding konkrit rumah lama...banyak yang tumbuh meliar kat dinding tu. Since tpt tu nak renovate jadi stor tempat simpan dedak kambing, pokok2 ni diselamatkan terlebih dahulu...plannya nanti nak letak kat area kolam...kita buat bertingkat2...setiap tingkat tu ditanam dengan pokok2 ni supaya nampak natural. Huhu..bila la boleh buat kolam koi yang diimpikan ni..fulus oo fulus.
Subscribe to:
Posts (Atom)